PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sekitar Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 16

>> Sunday, February 28, 2010

Read more...

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 16

>> Wednesday, February 24, 2010

24 Februari, Rabu - Program sukan sekolah menuju kemuncaknya pada petang ini apabila Temasya Sukan Tahunan SK. Besout 4 kali ke 16 berjaya diadakan bertempat di padang sekolah. En. Mahhadee Ramli, YDP PIBG SK. Besout 4 beserta AJK banyak bertungkus lumus membantu pihak sekolah dan menyalur bantuan kewangan untuk menjayakan sukan tersebut. Mantan Pengurus Felda Besout 4, En. Arzami Hashim (PPT) telah merasmikan temasya tersebut. Turut berucap ialah Pn. Hjh. Latifah Hj. Salleh, Guru Besar SK. Besout 4.

Read more...

Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke 16

>> Monday, February 22, 2010

Temasya Olahraga Tahunan peringkat sekolah kali ke 16 akan diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 24 Februari 2010
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Padang SK. Besout 4

Sehubungan itu, semua ibubapa dan penjaga murid-murid sekolah ini dijemput hadir bagi memeriahkan lagi temasya yang bakal diadakan.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SK. Besout 4 akan diadakan pada 05 Mac 2010 bertempat di Dewan Anjung Permata, SK. Besout 4. Semua ibubapa dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan yang akan dimulakan pada jam 3.00 petang.

Read more...

Bengkel Pembinaan Blog PIBG Fasa 2



23 Februari, Selasa - Satu bengkel pembinaan blog Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah diadakan selama satu hari bertempat di PKG Tapah Road. Bengkel berkenaan adalah fasa kedua dan merupakan anjuran PPD Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah UPSI. Menurut En. Azlan bin Lin, Pengarah bengkel kedua-dua fasa, bengkel ini akan membantu PIBG mewujudkan hubungan antara sekolah dan komuniti.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP