PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Makluman Kutipan Tabung UPSR tahun 2011

>> Wednesday, January 12, 2011

Merujuk kepada Perkara 5.3, Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG ) SK. Besout 4 bertarikh 05 Mac 2010 yang telah diluluskan permohonan kutipan tabung UPSR oleh pihak PIBG daripada pihak JPN Perak (Unit Pendaftar Institusi dan Guru) yang bertarikh 08 April 2010, ibubapa / penjaga murid tahun 4, 5 dan 6 dikehendaki membuat bayaran untuk Tabung UPSR SK. Besout 4 untuk tahun 2011.

1. Tahun 4 : RM 30.00
2. Tahun 5 : RM 40.00
3. Tahun 6 : RM 50.00

Kutipan Tabung UPSR tersebut akan dikutip mulai bulan Januari 2011. Pihak PIBG sekolah ini amat berharap agar semua ibubapa murid tahap 2 dapat membuat pembayaran tersebut bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak di sekolah ini.

Read more...

PIBG Akan Bantu Pihak Sekolah

>> Tuesday, January 11, 2011

Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SK. Besout 4 akan membantu pihak pentadbiran sekolah melaksanakan program dan aktiviti sekolah bagi tahun 2011. Sumbangan tersebut adalah dalam pelbagai bentuk, seperti kewangan, tenaga dan idea.

Menurut En. Mahhadee bin Ramlee, hanya dua sahaja lagi baki program yang akan dibantu oleh pihak PIBG sebelum penggal ini berakhir, iaitu Temasya Olahraga Tahunan (TOT) 2011 yang bakal diadakan pada 24 Februari 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG pada 12 Mac 2011. En. Ibrahim bin Bakar pula semasa ditemui di sekolah menyatakan beliau berhasrat untuk membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dan prestasi akademik sekolah. Tambahan pula, seorang anak beliau turut bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

Read more...

Selamat Memulakan Persekolahan 2011 Buat Warga SK. Besout 4

>> Wednesday, January 5, 2011

Pihak PIBG SK. Besout 4 mengucapkan selamat memulakan sesi baru persekolahan tahun 2011 kepada warga SK. Besout 4, khususnya para pendidik dan murid-murid. Semoga tahun 2011 akan melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah ini dalam semua bidang di persada negara.

Read more...

Terima Kasih Kepada Pihak Pentadbir Sekolah

Pihak PIBG SK. Besout 4 mengucapkan terima kasih kerana telah mempertimbangkan beberapa cadangan daripada pihak PIBG untuk dipanjang atau dilaksanakan oleh pihak sekolah. Antaranya cadangan tersebut ialah :

1. Tabung UPSR untuk murid tahun 4 (RM 30.00), 5 (RM 40.00) dan 6 (RM 50.00)
2. Bayaran fotostat bahan P&P untuk murid tahun 1, 2 dan 3 sebanyak RM 10.00 (tahunan)
3. Derma PIBG sebanyak RM 20.00 bagi satu keluarga

Read more...

Selamat Tahun Baru 2011

>> Tuesday, January 4, 2011

Read more...

Aktiviti PIBG Tahun 2010

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP