PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Notis Mesyuarat Agung PIBG 2011

>> Sunday, February 27, 2011

Dengan hormatnyaperkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 11 Mac 2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Anjung Permata, SK. Besout 4


3. Agenda Mesyuarat Agung :

1. Ucapan Pengerusi PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lepas
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Kewangan
Yang Berakhir Pada 31 Dis 2010
5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG
6. Membincangkan Usul-Usul
7. Hal-Hal Lain
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2011/2012
9. Pemilihan Juru Audit Dalaman
10. Ucapan Penangguhan

4. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput hadir menyertai mesyuarat tersebut. Tuan / puan juga digalakkan mengemukakan usul di dalam borang yang disediakan. Usul Tuan /puan mestilah sampai kepada Setiausaha atau AJK PIBG sebelum 9 Februari 2011 atau membentangkannya dalam mesyuarat tersebut. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(KHALED BIN MAT)
Setiausaha PIBG,

Read more...

Maulidur Rasul SAW : Terima Kasih Kepada Semua Pihak

>> Wednesday, February 23, 2011

18 Februari, Jumaat - Pihak PIBG SK. Besout 4 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang turut serta dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah yang telah diadakan pada 18 Februari 2011.

Terima kasih kepada pihak Felda Besout 4, Felda Plantations Besout 6, Koperasi Serbaguna Besout 4, Ketua-ketua blok, pihak GPW, Badan Masjid Salamuddin, para imam dan ibubapa serta penjaga yang sama-sama menyertai perarakan di Felda Besout 4 dan diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul SAW yang telah disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa JAIPk Slim River, AF Ustaz Mohd Pauzi Alias.

Read more...

En. Sahailin Berahim : Selamat Berkhidmat Di Felda Aring 6

>> Sunday, February 13, 2011

PIBG SK. Besout 4 bakal kehilangan seorang ahlinya yang banyak berkhidmat untuk sekolah ini. Beliau yang berasal dari Sabah telah berkhidmat selama 2 tahun di Felda Plantation Besout 6 dan telah dilantik sebagai Naib YDP PIBG sekolah ini pada Mac 2010. Semoga sumbangan beliau dalam memajukan sekolah ini mendapat ganjarannya di sisi Allah swt.

Di kesempatan ini, admin mewakili YDP dan seluruh AJK PIBG dan warga sekolah mengucapkan selamat berangkat kepada En. Sahailin sekeluarga. Dua orang anak beliau turut belajar di sekolah ini, masing-masing dalam tahun 3 dan 5.

Read more...

Sumbangan Karpet Untuk Surat Sekolah

>> Thursday, February 10, 2011

Dimaklumkan bahawa surau SK. Besout 4 ketika ini berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Para jemaah, khususnya warga sekolah yang ingin menunaikan ibadat solat juga berada dalam keadaan yang kurang selesa.

Sehubungan itu, PIBG mempelawa sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sebarang bentuk sumbangan samada derma karpet yang berukuran (24 kali x 40 kali) atau sumbangan kewangan bagi menaiktaraf surau sekolah.

Semoga kehidupan anda sekeluarga senantiasa diberkati dan diredhai Allah swt.

Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H Peringkat Sekolah

>> Tuesday, February 8, 2011

Para ibubapa dan penjaga dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432H peringkat SK. Besout 4 yang akan dijalankan sebagaimana butiran di bawah :

Tarikh : 18 Februari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : SK. Besout 4

Aturcara Program :

1) Perarakan di Felda Besout 4
2) Ceramah Maulidur Rasul SAW oleh penceramah jemputan
3) Kuiz (untuk murid sahaja)

Para ibubapa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara yang dijalankan. Terima kasih

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP