PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selamat Bercuti

>> Friday, November 18, 2011

Read more...

Penyampaian Wang Bantuan RM 100 Kepada Murid


Naib Pengerusi PIBG, En. Mahhadee Ramli menyampaikan wang bantuan RM100.00 kepada semua murid.

Read more...

UPSR 2011 : Tahniah Kepada Murid Yang Berjaya

>> Thursday, November 17, 2011


Walaupun agak terkejut dengan keputusan UPSR yang diumumkan hari ini, PIBG antara yang terkehadapan dalam mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid yang berjaya.

Read more...

Hari Anugerah Cemerlang 2011







PIBG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan yang meluangkan masa untuk hadir ke program sekolah.

Read more...

Terima Kasih En. Wan


PIBG SK. Besout 4 turut merasai kehilangan En. Wan Najmuddin yang disifatkan sekolah sebagai seorang guru yang baik. Segala jasamu tetap dikenang. Selamat maju jaya.

Read more...

Mesyuarat PIBG Kali ketiga 2011

31 Okt, Isnin - PIBG SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya kali yang ketiga pada hari ini di Bilik Gerakan sekolah. Agenda penting yang dibincangkan ialah pelaksanaan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang bakal diadakan pada 14 November 2011. Terima kasih kepada semua Ajk PIBG yang hadir.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP