PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

PIBG Akan Bantu Pihak Sekolah

>> Tuesday, January 11, 2011

Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SK. Besout 4 akan membantu pihak pentadbiran sekolah melaksanakan program dan aktiviti sekolah bagi tahun 2011. Sumbangan tersebut adalah dalam pelbagai bentuk, seperti kewangan, tenaga dan idea.

Menurut En. Mahhadee bin Ramlee, hanya dua sahaja lagi baki program yang akan dibantu oleh pihak PIBG sebelum penggal ini berakhir, iaitu Temasya Olahraga Tahunan (TOT) 2011 yang bakal diadakan pada 24 Februari 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG pada 12 Mac 2011. En. Ibrahim bin Bakar pula semasa ditemui di sekolah menyatakan beliau berhasrat untuk membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan dan prestasi akademik sekolah. Tambahan pula, seorang anak beliau turut bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP