Mesyuarat PIBG Kali Pertama 2011
>> Monday, April 11, 2011
07 April, Khamis - Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya yang pertama untuk sesi ini pada hari ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG, En. Ibrahim bin Bakar pada jam 2.30 ptg dan berakhir pada jam 4.00 ptg. Turut hadir ialah Guru Besar, Pn. Hjh. Latifah Hj. Salleh yang turut menyampaikan beberapa amanat penting kepada warga PIBG.
Antara agenda yang dibincangkan ialah mengadakan aktiviti PIBG tahun 2011, menambah dan mengukuhkan kewangan PIBG dan perbincangan usul PIBG dalam Mesyuarat Agung yang lalu.
0 comments:
Post a Comment