PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Takziah : Pn. Hairunisha Maarop Kembali Kerahmatullah

>> Thursday, December 29, 2011

29 Disember, Khamis - Kurang seminggu sahaja lagi persekolahan 2012 bakal bermula, SK. Besout 4 dan seluruh AJK PIBG dikejutkan dengan pemergian Pn. Hairunisha Maarop, AJK PIBG sekolah ini Kerahmatullah 6.30 petang tadi akibat kemalangan jalanraya berhampiran Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak. Beliau yang merupakan isteri staf Felda Perladangan Besout 6 dilantik sebagai AJK PIBG (Ibubapa) dalam Mesyuarat Agung PIBG 2011 dengan mendapat undi tertinggi. Seluruh warga sekolah dan PIBG mengucapkan takziah kepada suami dan keluarg beliau. Seorang anak beliau, Mohamad Arif Asyraf Zamri bakal menduduki Tahun 2 pada persekolahan 2012. Al-Fatihah..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP