Amanat Pengerusi PIBG SK. Besout 4 Sesi 2011/2012
>> Monday, March 21, 2011
Pengerusi PIBG sesi 2011/2012, En. Ibrahim bin Bakar mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Beliau berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Beliau turut mengharapkan kombinasi yang baik daripada AJK PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini.
Beliau juga berharap agar semua ibubapa menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Selamat Memulakan Persekolahan 2011 Buat Warga SK. Besout 4
>> Wednesday, January 5, 2011
Pihak PIBG SK. Besout 4 mengucapkan selamat memulakan sesi baru persekolahan tahun 2011 kepada warga SK. Besout 4, khususnya para pendidik dan murid-murid. Semoga tahun 2011 akan melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah ini dalam semua bidang di persada negara.
Read more...


