Mesyuarat PIBG Kali Keempat
>> Sunday, March 4, 2012

15 Februari - PIBG SK. Besout 4 telah mengadakan mesyuaratnya kali keempat di bilik gerakan sekolah ini. Menurut Pengerusi PIBG, iaitu En Ibrahim bin Bakar, Ajk PIBG turut dapat berkenalan dengan Guru Besar sekolah yang baru, En. Azmi bin Mat Adam yang memulakan tugas di sekolah ini pada Disember 2011.
Kepada AJK PIBG : Mesyuarat PIBG Kali Keempat
>> Friday, February 10, 2012
Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat sesi ini akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Februari 2012
Hari : Rabu
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Bilik Gerakan SK. Besout 4
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Ketiga
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
5. Perkara Berbangkit
6. Perkara Yang Dibincangkan : Mesyuarat Agung PIBG
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan
Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Wassalam
Mesyuarat PIBG Kali ketiga 2011
>> Thursday, November 17, 2011
31 Okt, Isnin - PIBG SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya kali yang ketiga pada hari ini di Bilik Gerakan sekolah. Agenda penting yang dibincangkan ialah pelaksanaan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang bakal diadakan pada 14 November 2011. Terima kasih kepada semua Ajk PIBG yang hadir.
Read more...Mesyuarat PIBG Kali kedua 2011
>> Friday, August 12, 2011
Mesyuarat PIBG Kali Pertama 2011
>> Monday, April 11, 2011

07 April, Khamis - Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya yang pertama untuk sesi ini pada hari ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG, En. Ibrahim bin Bakar pada jam 2.30 ptg dan berakhir pada jam 4.00 ptg. Turut hadir ialah Guru Besar, Pn. Hjh. Latifah Hj. Salleh yang turut menyampaikan beberapa amanat penting kepada warga PIBG.
Antara agenda yang dibincangkan ialah mengadakan aktiviti PIBG tahun 2011, menambah dan mengukuhkan kewangan PIBG dan perbincangan usul PIBG dalam Mesyuarat Agung yang lalu.
Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama
>> Friday, April 1, 2011
Kepada,
Penasihat PIBG
Pengerusi PIBG
Ahli Jawatankuasa PIBG
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SK. BESOUT 4 (KALI PERTAMA)
Sukacitanya dimaklumkan, bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 07 April 2011 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK. Besout 4
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Perancangan Aktiviti Tahunan (Takwim Tahunan)
4. Perbincangan Kewangan PIBG
5. Hal-hal lain
4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput hadir. Kerjasama daripada pihak tuan / puan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………………
(KHALED BIN MAT)
Setiausaha PIBG,
SK BESOUT 4



