Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama
>> Friday, April 1, 2011
Kepada,
Penasihat PIBG
Pengerusi PIBG
Ahli Jawatankuasa PIBG
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SK. BESOUT 4 (KALI PERTAMA)
Sukacitanya dimaklumkan, bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 07 April 2011 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK. Besout 4
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Perancangan Aktiviti Tahunan (Takwim Tahunan)
4. Perbincangan Kewangan PIBG
5. Hal-hal lain
4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput hadir. Kerjasama daripada pihak tuan / puan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………………
(KHALED BIN MAT)
Setiausaha PIBG,
SK BESOUT 4
0 comments:
Post a Comment