PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

>> Monday, March 5, 2012

Penasihat PIBG,
Pengerusi PIBG,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Ibu Bapa /Penjaga

Tuan / Puan,

PER : NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari : Khamis
Tarikh : 22 Mac 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Anjung Permata, SK. Besout 4

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut :

1. Ucapan Pengerusi PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lepas
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Kewangan Yang Berakhir Pada 31 Disember 2011
5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG
6. Membincangkan Usul-Usul
7. Hal-Hal Lain
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012/2013 dan Juru Audit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan

4. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput hadir menyertai mesyuarat tersebut. Tuan / puan juga digalakkan mengemukakan usul di dalam borang yang disediakan. Usul Tuan /puan mestilah sampai kepada Setiausaha atau AJK PIBG sebelum 16 Mac 2012 (Jumaat) atau membentangkannya dalam mesyuarat tersebut. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(KHALED BIN MAT)
Setiausaha PIBG

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP