PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Mesyuarat PIBG Kali Ke 2 Tahun 2012

>> Friday, September 21, 2012




21 September 2012, Jumaat - PIBG mengadakan mesyuaratnya kali kedua tahun 2012 di Bilik Gerakan SK Besout 4. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Pengerusi, Pn. Hjh. Musrifah Sahari yang menggantikan Pengerusi, En. Mahhadee Ramlee yang tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan luar. Hari ini merupakan hari terakhir Admin bersama-sama saf kepimpinan PIBG SK Besout 4, setelah dilantik sebagai Setiausaha PIBG sejak 3 tahun lalu. Terima kasih atas sokongan semua AJK PIBG dan didoakan PIBG sentiasa cemerlang dan menjadi penghubung antara sekolah, ibubapa dan komuniti. Cik Najwatulsalmi Ismail akan memangku tugas Setiausaha sehingga Mesyuarat Agung PIBG akan datang. Terima kasih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP