Amanat Pengerusi PIBG SK. Besout 4 Sesi 2011/2012
>> Monday, March 21, 2011
Pengerusi PIBG sesi 2011/2012, En. Ibrahim bin Bakar mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Beliau berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Beliau turut mengharapkan kombinasi yang baik daripada AJK PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini.
Beliau juga berharap agar semua ibubapa menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
0 comments:
Post a Comment