Usul Tergempar Yang Diterima Dalam Mesyuarat Agung
>> Monday, March 21, 2011
1. Usul Ibubapa – Program Hitea / Juala Meja / Makan Malam
Bagi menambahkan kewangan PIBG sekolah, dicadangkan agar program hitea / jualan meja / makan malamdiadakan. Setelah dibincangkan, usul ini diterima sebulat suara. Pihak PIBG akan membincangkan pelaksanaan perkara tersebut dengan pihak pentadbiran sekolah selepas mesyuarat agung PIBG.
Usul dicadangkan oleh En. Abdul Wahid bin Ahmad.
2. Usul PIBG – Tabung Kegiatan Luar
Tabung kegiatan luar ditubuhkan bagi membantu meringankan beban guru yang membawa murid mengikuti program dan aktiviti luar sekolah. Setiap keluarga diwajibkan membayar RM 5.00 setiap tahun. Rasional usul ini ialah supaya tidak membebankan guru yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri atau meminjamkan daripada pihak tertentu.
Setelah dibahaskan, usul ini diterima sebulat suara. Surat makluman kepada semua ibubapa akan diedarkan selepas mesyuarat agung PIBG. Pembayarannya adalah melalui guru kelas.
Usul dicadangkan oleh En. Mahhadee bin Ramlee.
0 comments:
Post a Comment