PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2012

>> Friday, February 10, 2012

PIBG SK. Besout 4 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG, para ibubapa dan para pimpinan komuniti tempatan seperti Felda Besout 4, Felda Perladangan Besout 6, Badan Masjid dan Khairat Kematian, JKKR dan Ketua-Ketua Blok, GPW, belia dan beliawanis yang mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah yang diadakan pada pagi ini. Tahniah dan Syabas juga kepada murid-murid yang telah menjayakan perarakan sempena Maulidur Rasul SAW sejauh lebih 2KM. Juga kepada penceramah jemputan, Ust. Azahari Yahya dari SK. Pos Bersih. Terima kasih di atas komitmen semua pihak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP