PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selamat Maju Jaya : Pn. Zamzurina Mansor dan Pn. Hadijah Wahi

>> Friday, February 10, 2012




PIBG SK. Besout 4 mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pn. Zamzurina Mansor dan Pn. Hadijah Wahi yang bertukar ke SK. Satu, Tapah dan SK. Bidor 2, Bidor. Pertukaran tersebut berkuatkuasa masing-masing pada 17 Januari dan 09 Februari 2012. Pn. Zamzurina merupakan guru j-QAF (Pendidikan Islam) telah berkhidmat di sekolah ini pada 03 Februari 2006, manakala Pn. Hadijah yang merupakan Guru Cemerlang Matematik dan AJK PIBG sekolah pula berkhidmat sejak 01 Mei 2006. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP