PIBG membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, akhlak dan sahsiah murid serta menjadi agen penghubung antara pihak sekolah dan komuniti.
Tahniah kepada semua Ajk baru yang terpilih. Sebagai Pengerusi PIBG SK. Besout 4 sesi 2012/2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai PIBG pada sesi ini. Saya berikrar akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya juga mengharapkan kombinasi yang baik daripada Ajk PIBG yang baru dilantik bagi melaksanakan tugas dengan lebih baik pada sesi ini. Diharap semua ibubapa dapat menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Mesyuarat PIBG Kali Pertama Sesi 2012/2013

>> Saturday, April 21, 2012

12 April, Khamis - Mesyuarat PIBG Kali Pertama 2012 dijalankan pada hari ini dengan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi PIBG, Pn Hjh Musrifah bt Sahari. Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah diadakan di bilik gerakan sekolah dan turut dihadiri oleh wakil Penasihat PIBG, En. Hamran bin Ismail (merangkap PK Pentadbiran sekolah).

Read more...

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013

>> Sunday, April 1, 2012

Pengerusi : En. Mahhadee bin Ramlee - Pemilihan
Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Musrifah binti Sahari - Pemilihan
Setiausaha : En. Khaled bin Mat - Lantikan Sekolah
Bendahari : Pn. Norashikin binti Ramli - Lantikan Sekolah

AJK (Sekolah):
: En. Mohamad Zahrani Z. Abidin - Lantikan Sekolah
: Pn. Jamilah binti Suaib - Lantikan Sekolah
: En. Abdul Karim Md. Yusof - Lantikan Sekolah
: En. Roslina binti Ariffin - Lantikan Sekolah
: Cik Najwatulsalmi bt Ismail - Lantikan Sekolah

AJK (Ibubapa):
: En. Abdullah Kumar Abdul Wahid - Pemilihan
: En. Md Pisol bin Abu Bakar - Pemilihan
: Pn. Jumuiah binti Sabri - Pemilihan
: Pn. Norhasimah binti Othman - Pemilihan
: Pn. Salmah binti Yaakub - Pemilihan

Juru Audit Dalaman :
: En. Ezwan Shah bin Ahmad - Lantikan Sekolah
: En. Ibrahim bin Bakar - Pemilihan

Read more...

Perjumpaan Bersama Ibubapa Tahun 6 2012 (Kali Kedua)





Perjumpaan bersama ibubapa dan penjaga murid tahun 6 diadakan pada 30 Mac 2012. Antara acara yang diadakan ialah ceramah motivasi oleh Guru Besar, En Azmi bin Mat Adam dan penyerahan slip Ujian 1 2012. Turut hadir ialah Naib Pengerusi PIBG, Pn Hjh Musrifah bt Sahari.

Read more...

Motivasi Kecemerlangan UPSR 2012



Hadiah yang bakal menjadi rebutan dalam kalangan murid UPSR 2012..Hanya murid cemerlang sahaja bakal menerima hadiah tersebut..

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG SK Besout 4 Kali Ke 19 (2012)




Read more...

Usul Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2012

>> Monday, March 5, 2012

Ahli Jawatankuasa PIBG,
Para Ibubapa,
Ahli Komuniti
Felda Besout 4



Tuan / puan digalakkan mengemukakan sebarang usul di dalam borang yang disediakan. Usul tuan /puan mestilah sampai kepada Setiausaha PIBG (Ust Khaled Mat) atau mana-mana AJK PIBG sebelum 16 Mac 2012 (Jumaat) atau membentangkannya dalam Mesyuarat Agung tersebut.

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Read more...

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

Read more...

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

Penasihat PIBG,
Pengerusi PIBG,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Ibu Bapa /Penjaga

Tuan / Puan,

PER : NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Hari : Khamis
Tarikh : 22 Mac 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Anjung Permata, SK. Besout 4

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut :

1. Ucapan Pengerusi PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Yang Lepas
4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Kewangan Yang Berakhir Pada 31 Disember 2011
5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG
6. Membincangkan Usul-Usul
7. Hal-Hal Lain
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012/2013 dan Juru Audit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan

4. Sehubungan itu, tuan / puan dijemput hadir menyertai mesyuarat tersebut. Tuan / puan juga digalakkan mengemukakan usul di dalam borang yang disediakan. Usul Tuan /puan mestilah sampai kepada Setiausaha atau AJK PIBG sebelum 16 Mac 2012 (Jumaat) atau membentangkannya dalam mesyuarat tersebut. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
(KHALED BIN MAT)
Setiausaha PIBG

Read more...

Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6

>> Sunday, March 4, 2012


17 Februari - Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 telah diadakan pagi ini di Dewan Anjung Permata SK. Besout 4, Sungkai, Perak. Majoriti ibubapa turut hadir dalam majlis berkenaan. Guru Besar, En. Azmi bin Mat Adam turut menyampaikan ucapan dan motivasi kepada para ibubapa dan murid. Beberapa orang Ajk PIBG turut hadir dalam majlis berkenaan. Terima kasih kepada semua.

Read more...

Gambar Sekitar Sambutan Maulidur Rasul SAW 2012



Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2012




Read more...

Mesyuarat PIBG Kali Keempat


15 Februari - PIBG SK. Besout 4 telah mengadakan mesyuaratnya kali keempat di bilik gerakan sekolah ini. Menurut Pengerusi PIBG, iaitu En Ibrahim bin Bakar, Ajk PIBG turut dapat berkenalan dengan Guru Besar sekolah yang baru, En. Azmi bin Mat Adam yang memulakan tugas di sekolah ini pada Disember 2011.

Read more...

Kepada AJK PIBG : Mesyuarat PIBG Kali Keempat

>> Friday, February 10, 2012

Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat sesi ini akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Februari 2012
Hari : Rabu
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Bilik Gerakan SK. Besout 4

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Ketiga
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
5. Perkara Berbangkit
6. Perkara Yang Dibincangkan : Mesyuarat Agung PIBG
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Wassalam

Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2012

PIBG SK. Besout 4 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG, para ibubapa dan para pimpinan komuniti tempatan seperti Felda Besout 4, Felda Perladangan Besout 6, Badan Masjid dan Khairat Kematian, JKKR dan Ketua-Ketua Blok, GPW, belia dan beliawanis yang mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah yang diadakan pada pagi ini. Tahniah dan Syabas juga kepada murid-murid yang telah menjayakan perarakan sempena Maulidur Rasul SAW sejauh lebih 2KM. Juga kepada penceramah jemputan, Ust. Azahari Yahya dari SK. Pos Bersih. Terima kasih di atas komitmen semua pihak.

Read more...

Selamat Maju Jaya : Pn. Zamzurina Mansor dan Pn. Hadijah Wahi




PIBG SK. Besout 4 mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pn. Zamzurina Mansor dan Pn. Hadijah Wahi yang bertukar ke SK. Satu, Tapah dan SK. Bidor 2, Bidor. Pertukaran tersebut berkuatkuasa masing-masing pada 17 Januari dan 09 Februari 2012. Pn. Zamzurina merupakan guru j-QAF (Pendidikan Islam) telah berkhidmat di sekolah ini pada 03 Februari 2006, manakala Pn. Hadijah yang merupakan Guru Cemerlang Matematik dan AJK PIBG sekolah pula berkhidmat sejak 01 Mei 2006. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya.

Read more...

Takziah : Pn. Hairunisha Maarop Kembali Kerahmatullah

>> Thursday, December 29, 2011

29 Disember, Khamis - Kurang seminggu sahaja lagi persekolahan 2012 bakal bermula, SK. Besout 4 dan seluruh AJK PIBG dikejutkan dengan pemergian Pn. Hairunisha Maarop, AJK PIBG sekolah ini Kerahmatullah 6.30 petang tadi akibat kemalangan jalanraya berhampiran Changkat Sulaiman, Sungkai, Perak. Beliau yang merupakan isteri staf Felda Perladangan Besout 6 dilantik sebagai AJK PIBG (Ibubapa) dalam Mesyuarat Agung PIBG 2011 dengan mendapat undi tertinggi. Seluruh warga sekolah dan PIBG mengucapkan takziah kepada suami dan keluarg beliau. Seorang anak beliau, Mohamad Arif Asyraf Zamri bakal menduduki Tahun 2 pada persekolahan 2012. Al-Fatihah..

Read more...

Selamat Bercuti

>> Friday, November 18, 2011

Read more...

Penyampaian Wang Bantuan RM 100 Kepada Murid


Naib Pengerusi PIBG, En. Mahhadee Ramli menyampaikan wang bantuan RM100.00 kepada semua murid.

Read more...

UPSR 2011 : Tahniah Kepada Murid Yang Berjaya

>> Thursday, November 17, 2011


Walaupun agak terkejut dengan keputusan UPSR yang diumumkan hari ini, PIBG antara yang terkehadapan dalam mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid yang berjaya.

Read more...

Hari Anugerah Cemerlang 2011







PIBG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan yang meluangkan masa untuk hadir ke program sekolah.

Read more...

Terima Kasih En. Wan


PIBG SK. Besout 4 turut merasai kehilangan En. Wan Najmuddin yang disifatkan sekolah sebagai seorang guru yang baik. Segala jasamu tetap dikenang. Selamat maju jaya.

Read more...

Mesyuarat PIBG Kali ketiga 2011

31 Okt, Isnin - PIBG SK. Besout 4 mengadakan mesyuaratnya kali yang ketiga pada hari ini di Bilik Gerakan sekolah. Agenda penting yang dibincangkan ialah pelaksanaan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang bakal diadakan pada 14 November 2011. Terima kasih kepada semua Ajk PIBG yang hadir.

Read more...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK. Besout 4 Tahun 2011

>> Saturday, September 24, 2011


Read more...

Mantan Pengerusi PIBG Menjalani Pembedahan

>> Sunday, September 18, 2011

Jawatankuasa PIBG dan warga SK. Besout 4 mendoakan agar Timbalan Pengerusi PIBG (merupakan Mantan Pengerusi PIBG sekolah) berada dalam keadaan sihat walafiat setelah beliau menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan di leher pada 13 November 2011 di Hospital Slim River, Perak

Read more...

Selamat Menjalani UPSR 2011

>> Sunday, September 11, 2011


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP